Saturday, February 7, 2009

LENCANA SEKOLAH


LOGO

Logo dan pengertiannya telah dicipta oleh Cikgu Ramli bin Hamat, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Temangan pada pada tahun 1996 dan lencana ini digunakan sehinggalah sekarang.

Unsur
Maksud
Merah
· Melambangkan kekuatan dan semangat mencari ilmu.
Biru
· Melambangkan kesepaduan dan kesepakatan warga sekolah.
Kuning
· Melambangkan kemurnian dalam usaha mencari ilmu
Perisai Q
· Melambangkan dasar kementerian pendidikan dan menjurus kepada pencarian kualiti.
Panah
· Melambangkan menuju kepuncak jaya.
Roda Bersiri
· Melambangkan sains dam teknologi.
Topi Konvension
· Melambangkan puncak kejayaan dalam dunia pendidikan.
Cincin Bersambung
· Melambangkan pengibatan dalam sukan dan kokurikulum.

1996
· Merupakan tahun penubuhan sekolah ini.
Motto
“ILMU JAYA DIRI”
· Melambangkan bahawa ilmu adalah punca kejayaan di dunia dan akhirat.

Kata Aluan Pengetua SMK Temangan




Assalamualaikum w.b.t
Syabas di atas kejayaan unit ICTL Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan menghasilkan blog sulong sekolah ini serta setinggi-tinggi penghargaan untuk saya menurunkan sepatah dua kata sebagai mukadimah di laman blog ini.
Kemajuan sesebuah negara atau institusi pendidikan bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan hasil kebijaksaan keintelekkan akalnya tetapi komited,berdedikasi, istiqamah dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas selain bersedia melaksanakan perubahan. Dalam zaman ledakan mega maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dalam menguasai ilmu amatlah diperlukan.
Kita sebagai guru bertanggungjawab melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi dan mulia juga mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Dengan adanya laman web ini adalah satu langkah baru dalam memperkasakan lagi bidang ilmu pengetahuan dalam mencapai Visi dan Misi SMKT pada tahun 2010 nanti.Syabas sekali lagi kepada penyelaras ICTL sekolah yang bertanggungjawab dalam merealisasikan laman web sekolah yang selama ini kita idamkan.
Sesungguhnya kecermerlangan bangsa dan tanahair meraih banyak pengorbanan dan kesungguhan semua pihak tidak kira besar atau kecil. Pelajar-pelajar dan guru generasi hari inilah ditumpahkan semua harapan untuk merealisasikan sebuah masyarakat yang cemerlang,Gemilang dan Terbilang.
Sekian, selamat melayari laman web kami.

Mohd Rohzaini b. Mohd Zain

PENGETUA
SMK TEMANGAN,
18400 TEMANGAN,KELANTAN.